Eeehhh, jangan berhenti baca..ni
bukan post sakit hati..baca bagi habis dulu,baqu tau apa makna post
nihh..tapi..memang la pelik kan tajuk nihh..
K,,sebenanqnya tajuk nih tercetus
dari kawan-kawan kin yang ada waktu hari kenduri hari tu..ada la si kak A,B,C
dengan abang D ni..depa tengah sembang2 time 2..:
(di kawasan kenduri)
A: wehh..seronok ja weh aku
tengok depa 2..
D:awat..?
C:haaaa..A start dah la 2..mula
start berangan duk atas pelamin la 2..
B:mau dak weh..muda-muda dah ada
anak dah..aku pun jeles..dah la laki dia hensem..
A:2 laa..gila hensem..aku tgk
bini dia besa jaa..aku cantik lagi
D:dah jodoh depa kan..?
C:dak laa..selalunya orang yang
cantik ja kawin awai nih..
B:dah jodoh depa kan..?habis
2,orang yang tak cantik tak kawin ka dalam dunia nih..??ALLAH kan adil..hang ni
laa..
D: perempuan perempuan..wehh..aku
nak Tanya sikit.. best sangat ka cantik nih..??aku lelaki nak tau sikit erti
cantik bagi hampa hampa n hampa nih..??siap duk condem bini orang lagi nih..??
A B C: errrr..!@#$%^&*()_+...
So kin pun yang duk xla jauh
sangat dari depa ni,terus ja terpikir..betol juga cakap abang D ni..best sangat
ka cantik..??sedih pulak bila ada lagi manusia yang still judge semua benda 2..
Sebenanya tiada orang yang
buruk,semuanya cantik dalam dunia ni.. buruk atau cantik tu hanya pada
penilaian manusia ja kan..??selalunya penilaian ni akan tersasar..
Kecantikan tu memang la satu
anugerah yang patut disyukuri. Tapi kecantikan tak akan pernah bertahan sampai
bila-bila. Banggunan yang kita buat pun dan dijaga rapi lama-lama akan usang
dan tak akan memukau lagi. Contohnya dulu,banggunan tabung haji dianggap banggunan
paling cantik dan unik kat kuala lumpur.
Tapi la nih,KLCC la yang paling cantik..tapi ingat,satu hari nanti,KLCC pun
akan alami masalah yang sama. 2 banggunan,apatah lagi manusia kan..?
Kecantikan 2 penting,tetapi,tak
payah la di pentingkan sangat. Kecantikan yang Puteri Diana ada menjadi petaka
bagi diri dia.bersyukurlah dengan kecantikan yang kita ada,jangan sampai jadi
macam cerita lembu dengan rusa. Tahu dak..?ni cerita zaman kanak-kanak milo
dulu nuhh..
Cerita dia camni..
Suatu hari,rusa terjumpa dengan
lembu dalam hutan. Tu adalah kali pertama dia jumpa lembu. Rusa pun hairan la
tengok lembu ni,yang berkaki empat,muka lembu ni pun hampir serupa dengan dia.
Tapi lembu ni tak ada tanduk yang cantik yang terjunjung atas kepala. Rusa pun
rasa dia berkali kali ganda lebih cantik dari si lembu tu. Dengan suka-suka
hati dia ja terus ejek si lembu ni. Tiba-tiba..(kasi suspen sikit)..ada bunyi
tembakan orang memburu. Dengan sepantas kilat,rusa dengan lembu ni lari,
tapi,si rusa punya tanduk yang dijunjungnya lagi cantik ni tersekat dekat ranting kayu. Sedangkan
lembu tadi,dengan senang ja boleh lepaskan diri.
Ingat, setiap orang adalah
cantik. Kalau ada yang rasa kecantikan itu mengatasi,itu alasan untuk kita
lebih mensyukuri kurniaan dari ILAHI. Kalau kita rasa kecantikan kita tidak
semana,kita patut lebih syukur sebab telah bebaskan diri daripada pelbagai
ketakutan yang dihidapi oleh orang yang cantik. Kalau kita rasa amat
buruk,ketahuilah, kat Syurga nanti,wajah kita semua akan serupa bidadari. Macam
mana pun keadaan kita,kita adalah cantik. Kita bukan ja cantik,bahkan menarik
sekali. Kita kan ciptaan ALLAH. ALLAH
mencipta kita dengan pelbagai rupa sebagai bukti kekuasaan dan selagi kita
bernama ciptaan ALLAH,tiada yang buruk pun dalam dunia ni. Kita semua cantik n
handsome ja tau. Kalau ada pun,2 semua ukuran manusia semata-mata dan kita
mesti ingat,ukuran manusia tu selalunya silap.Tapi kan lagi bertambah cantik
lagi menarik kalau kita sulam diri kita ni dengan akhlak, ,peribadi dan
pegangan agama yang kukuh.
cantik atau kurang cantik,semua
tu kurnian ALLAH,jangan sesekali kita jadi hamba yang tak mengenang budi dengan
apa yang ALLAH dah bagi dekat kita. Dan satu lagi,jangan la kita persoal
hal-hal kecantikan ni dengan takdir yang ALLAH dah tetapkan. Hal jodoh
pertemuan ni dah ditetapkan di Arash ALLAH..kecantikan 2 selalunya yang
terakhir dinilai dalam pasangan..apa yang penting,sedap mata memandang. Sedih
ja dengaq orang persoal hal kecantikan dengan pasangan jodoh dia. Dah jodoh
kan..??tak kisah la cantik ka dak,semua 2 tak penting pun..so best sangat ka
cantik ni..??tepuk dada,Tanya hati..bye,assalamualaikum….
No comments:
Post a Comment